Adakah itu yang dipaling rindu? Ayah pun sudah lupa kali pertama bertemu dengannya dan tiba-tiba menjadi rapat begitu sahaja seperti sudah lama benar kenal akan dirinya.
Ke sana dan ke sini, ke hulu dan ke hilir, sehingga ada yang menyangka Ayah adiknya. Dia banyak mengajar ayah dalam 'kenakalannya', tiada yang lepas daripada usikannya, dia menjadi begitu disenangi, mungkin juga dirindui, mungkin juga dicintai. Siang dan malam, dia sentiasa ada, itulah yang ajaib. Menemaninya ke kampung Ayah turuti, kononnya teman berbual sewaktu memandu, sedangkan Ayah yang pergi dulu ke alam lena tanpa dipandu.
Tatkala Ayah bersembang dengannya, Cikgu Khair mengilhamkan Ayah sesuatu daripada kata-katanya, "Kamu, Aku, ada DIA."
Dia pinjamkan
rasa rindu ini,
rasa cinta ini,
untuk kamu dan aku,
supaya aku dan kamu
sedar adanya Dia.
Terima kasih Cikgu Khair.
No comments:
Post a Comment