Bukit dilitupi kabus nipis dalam rintik hujan sejak awal subuh.
Lepas solat Subuh, Aidil, Along dan Angah berlari seperti biasa, berebut-rebut, mahu jadi orang pertama. Merajuk dan berair mata itu biasa jika tidak menjadi orang yang mula-mula. Kegembiraan terpancar daripada wajah tatkala jadi yang pertama siap mengaji. Angah tak kisah sangat, kadang-kadang dia mengalah, biar abang-abang dahulu, awal atau lambat, dia tunggu, begitulah menurut Opah. Opah suruh mengaji dengan Atuk atau Opah suruh baca lebih, jadi tidak perlulah berebut-rebut, tidak ada yang merajuk, tidak ada hujan air mata.
Hujan hampir seriat, kabus masih di situ, murai menyanyi, mengibar-ngibarkan kepak kesejukan, Ayah hanya memerhati.
No comments:
Post a Comment