Setiap saat berjalan, usia kita pun bertambah. Dihitung-hitung, benarkah usia mendewasakan dan mematangkan kita?
Di dalam buku Mutiara Kata susunan Adi Alhadi, terdapat kata-kata yang boleh kita renungkan tentang usia. Menurut Francis Bacon, "Orang muda lebih sesuai mencipta daripada menghakimi, lebih sesuai menjalankan hukuman daripada menjatuhkan hukuman, lebih sesuai melakukan sesuatu yang baharu daripada menyempurnakan apa yang ada." Bicara Socrates pula, "Berikan perhatian kepada orang muda dan jadikan mereka sebaik yang mungkin." Plato pula menyatakan bahawa orang yang tenang dan ceria tidak akan merasakan tekanan usianya, tetapi bagi yang sebaliknya, usia ialah masalah." Ujar W. Somerset Mougham, "Usia tua ialah satu nikmat, walaupun dalam keadaan berbeza, ia tiada kekurangannya dengan nikmat yang dikecap orang muda." " Ketuaan dan kemudaan tidak dapat diletakkan bersama; yang muda penuh dengan kegembiraan, yang tua penuh kewaspadaan," begitulah pendapat William Shakespeare.
Apa-apa pun yang dialami di sepanjang jalan usia, semuanya bergantung pada diri kita sendiri, bergantung pada apa-apa yang kita kerjakan, bergantung pada apa-apa yang kita lalui dan temui, bergantung pada apa-apa yang kita boleh kawal serta bergantung juga pada apa-apa yang tiada kuasa untuk kita kawal. Bersyukurlah dan teruskan perjalanan.
No comments:
Post a Comment