Translate

Monday, August 12, 2019

Indah

Semalam kenduri akikah anak Pak Ngah dan Mak Ngah, anak Pak Su dan Mak Su.
       Agak lama tidak makan kenduri. Sekarang, semua bufet. Dulu, lauk-pauk dihidang guna talam. Lauk ambil sendiri dan kita tahu sendiri kuantiti yang perlu untuk kita nikmati. Dulu, jika lauk itu sudah disentuh walaupun sedikit, lauk di dalam mangkuk akan dibuang, berlaku pembaziran. Pinggan polesterin terus dibuang. Lauk seperti gulai kawah diletak di atas dapur, sentiasa panas, menggamit selera, ada pula masak tempoyak, sambal belacan, petai rebus dan sambal telur rebus. Tapai juga membuka selera.
       Pelbagai cerita keluar sambil menikmati juadah. Yang lama tidak bertemu, bertemu, yang selalu bertemu bergurau senda dan menggamatkan suasana. Indahnya kenduri dan raya.

2 comments:

Abam Kie said...

sedapnya makan gulai di kenduri. cuma kekadang bila tempah kenduri tu jauh sgt dan kena hadap jem masa cuti raya n sekolah ni membuatkan sy keberatan nak pi.

done follow your blog..
www.zukidin.com

khairul hakimi mansor said...

Tu lah, menghadap jem tu tak larat,ada kesempatan sampai...Gulai kawah memanggil...
Terima kasih En. Zukidin.

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...