Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bisu bermaksud tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir).
Membisu pula bermakna berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar. Ada yang membisu kerana pendengar tidak mahu langsung menerima kata-katanya kerana pendengar hanya mahu kata-katanya didengari dan diikuti. Kalau zaman dahulu, anak gadis diam atau membisu jika dipinang, itu dikatakan tanda setuju. Ada juga yang 'dibisukan' kerana ada yang tidak mahu menerima kebenaran. 'Membisukan' mulut seseorang dengan kuasa yang ada dan membiarkan dua telinga mereka terbuka kerana tidak mahu mendengar kebenaran.
Ramai yang sanggup menelan ubat yang pahit untuk sembuh daripada penyakit. Tidak ramai yang sanggup menelan pahitnya kebenaran untuk jadi lebih baik.

No comments:
Post a Comment