Dalam kegembiraan kita beraya, jangan lupa kita titipkan doa buat sahabat-sahabat kita yang diuji dugaan ribut taufan Lekima dan dugaan-dugaan lain.
Alhamdulillah, hampir pukul 12 kami tiba. Perjalanan lancar dan nampaknya ramai juga orang yang menghala ke Kuala Lumpur tetapi tidaklah sebanyak sehari sebelum raya. Sesekali umi memanggil ayah untuk memastikan ayah tidak mengantuk. Tatkala sampai, Atuk, Opah, Pak su dan Pak Ngah baru sahaja mula memotong daging. "Langkah kanan," kata Pak Su tersengih. Achik yang sudah sedar daripada tidur turut sekali. Daging yang dipotong direbus. Hampir 2.30 pagi, baru kami masuk ke rumah termasuk Achik.
Salah satu keseronokan raya korban ialah memotong daging. Waktu ini selalunya masing-masing menunjukkan 'senjata', iaitu parang atau pisau yang pelbagai bentuk.
Translate
Sunday, August 11, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment