Biasa ayah tengok burung ciak rumah dan pipit sahaja, tetapi petang ini ada enggang melawat kawasan.
Enggang hinggap di pagar, belum sempat ayah menangkap gambar, terbang dan hinggap di wayar elektrik. Enggang juga telah lama menjadi sahabat manusia. Buktinya? Ada peribahasa tentang enggang. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara peribahasa ialah enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang. Maknanya ialah susah senang kita, kita yang merasakannya, susah senang orang tinggallah pada orang (masing-masing menjaga sendiri). Kali kedua ayah mahu menangkap gambar, enggang pun terbang.
Dalam kehidupan, ada yang datang menyerikan hidup kita sebentar cuma, mungkin datang lagi atau terus menghilang daripada hidup kita.
Translate
Tuesday, August 6, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment