Sudah dua tiga hari agak ketara, nampak asap angkara jerebu.
Dalam jerebu, petang semalam, ayah bawa Angah dan Along ke klinik gigi di UTC. Ramai sungguh orang. Doktor hanya memeriksa gigi Angah. Sebelum ini gusi Angah pernah bernanah. Along pula gigi geraham susu perlu dicabut kerana sudah tumbuh gigi yang baharu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, peribahasa 'tinggal gigi dengan lidah sahaja' bermaksud habis segala harta. Lunak gigi daripada lidah (kiasan) pula bermaksud sangat lemah lembut.
Sepatutnya pagi ini ayah pergi semula untuk buat rawatan kerana semalam masa tidak cukup kerana melibatkan gigi geraham. Ayah tidak ke klinik pagi ini. Alasan? Mari mencipta alasan, yang pertama, memang tidak gemar ke klinik, yang kedua, rasa tidak terdesak dan yang ketiga, jerebu😩. Senang sungguh mencari alasan😜. Muhasabah diri!
Translate
Friday, August 2, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment