Cerita arnab dan kura-kura satu kisah yang baik untuk anak-anak.
Terima kasih kepada sang arnab kerana memainkan watak antagonis dengan begitu berkesan sehingga dikenang sampai hari dan terus diceritakan kepada anak-anak dari satu generasi ke satu generasi. Begitu juga dengan sang kura-kura. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor kura-kura di tengah jalan, perlahan merangkak. Setelah kami memintas sang kura-kura, along dan angah masih memerhati dan menguatkan suara, " Ayah, kura-kura tu berjalan laju!"Mungkin laju daripada biasa.
Selaju mana pun sang kura-kura, belum tentu dapat memintas sang arnab tetapi perjalanan tetap diteruskan kerana kura-kura tahu arah tujuannya.
Translate
Thursday, February 28, 2019
Monday, February 25, 2019
Duit
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Itu sebahagian petikan lirik lagu 'Duit', nyanyian kumpulan Kembara. Ada kata-kata yang menyatakan bahawa duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan. Untuk dapatkan duit, perlukan usaha.
Ayah memerhati anak-anak kita sekarang, duit syiling sepuluh sen yang jatuh dibiarkan sahaja dan tidak dikutip. Sepuluh sen sudah menjadi seperti satu sen dan mungkin tidak bernilai bagi sesetengah orang. Perlu diingat, jika tambang bas satu ringgit dan kita ada 90 sen, buat muka sepuluh sen tidak akan menjadikan duit kita seringgit.
Jika bukan duit kita, walaupun sepuluh sen, kutiplah dan masukkan ke tabung surau atau sebagainya, mudah-mudahan pemiliknya mendapat pahala, Insya-Allah.

Sunday, February 24, 2019
Cinta
Sedap juga mendengar lagu 'Hakikat Sebuah Cinta'. Sudah lama tidak dengar.
Adik pula sudah dapat 'kaki'. Sudah empat lima langkah. Selepas maghrib tidur dan tidurnya tidak lama. Pukul berapa pula hendak tidur? Baca akhbar dalam talian, banyak sangat isu. Banyak sangat yang suka mencetuskan kontroversi dan seolah-olah sengaja menyentuh isu-isu sensitif. Itu namanya sengaja cari penyakit. Kesabaran ada hadnya. Tolak ansur ada hadnya. Kenapa ada yang suka cari pasal? Sebab ada yang menyokong. Yang menyokong ada agenda tersendiri, agenda peribadi.
Cinta itu wujud atas dasar saling menghormati, saling memahami dan saling mengerti. Cinta kepada Allah s.w.t dan Rasul itu satu keutamaan.

Saturday, February 23, 2019
Sudi
Sudah 27 tahun, penyanyi kesayangan kita, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita (22 Februari 1992).
Hari ini, dalam Harian Metro (Dari Hati Saodah Ismail, ditulis oleh Ridzuan Abdul Rahman) memaparkan tentang pelancaran buku Sudirman Yang Kukenali, tulisan Saodah Ismail (bekas wartawan Hiburan akhbar Harian Metro dan Berita Harian) yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said. Lagu 'Balik Kampung' sering meniti di bibir kami sewaktu zaman sekolah dan kami cukup bangga apabila dapat minum air tin jenama 'Sudi'.
Begitulah hidup ini, suatu masa kita akan menjadi kenangan. Setiap masa perlu kita ingat, apa-apa yang kita bina di sini, kita akan bawa ke sana. Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita.

Thursday, February 21, 2019
Gembira
Ayah suka makan epal. Biasanya, ayah beli epal Fuji.
Ustaz Fuad pula kata, dia tidak suka makan epal tetapi suka jenama 'Apple'. Pilihan kita ada masanya sama, ada masanya berbeza. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Ada yang suka sebab jenama itu sendiri, ada yang suka sebab ciri-ciri tertentu seperti reka bentuk, fungsi, camera, sistem bunyi dan ada sekadar mengikut trend sahaja. Ternyata sesuatu pilihan atau keputusan yang dibuat itu dapat menggembirakan kita.
Ada juga keputusan yang dapat membuatkan ahli keluarga gembira dan jika sebagai pemimpin, ada keputusan yang dibuat dapat menggembirakan orang yang dipimpin sekali gus meningkatkan produktiviti.

Baik
Syak wasangka boleh datang kerana pengalaman diri dan orang lain atau melalui pembacaan.
Kadang-kadang, kita duduk seorang diri, ada yang datang dan kita mula curiga kerana sebelumnya pernah datang yang menjaja cerita sedih dan kemudian meminta wang kononnya dalam kesusahan. Di hari lain, terserempak orang yang sama menjaja cerita sama di tempat lain. Rupa-rupanya, kali ini yang datang, duduk di sebelah hanya untuk berehat dan melepaskan lelah pulang dari tempat kerja serta mahu berborak sebelum melangkah ke rumah. Kadang-kadang dari belakang, ada yang membunyikan hon seperti kita tidak perasan lampu sudah bertukar hijau dan rupa-rupanya, pintu kereta tidak rapat setelah melihat lampu merah gambar pintu menyala.
Banyak perkara mungkin menimbulkan syak wasangka dan berdoalah supaya urusan kita dipermudah Allah s.w.t serta dipertemukan dengan orang yang baik.

Wednesday, February 20, 2019
Tolong
Alhamdulillah, Achik sudah keluar dari hospital. Umi pula kurang sihat.
Begitulah kehidupan, kita sentiasa diuji. Hari ini memang agak sibuk. Umi bercuti dan perlu melayani Achik dan Adik. Ayah bekerja seperti biasa dan perlu menyelesaikan teks pengacara majlis untuk 'Masterclass Workshop with Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO)' Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019 Peringkat Zon Timur. Along dan Angah waktu petang ada latihan sukan. Sebelumnya, Along menunjukkan giginya tiada kerana dicabut doktor gigi di sekolah. Tidak kira sesiapa pun, kita semua ada tugas yang perlu dijalankan. Memang memenatkan dan perlu kita dilalui. Dalam keluarga atau organisasi, sudah pasti kita perlu tolong-menolong untuk mengurangkan tekanan atau beban.
Sunday, February 17, 2019
Pindah
Hampir pukul lima pagi, Alhamdulillah, Achik sudah pindah katil. Itu tandanya dia semakin baik.
Apabila berada di hospital, kita mengharapkan keadaan kita, ibu bapa , ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan kita semakin baik. Kita boleh melihat para doktor dan para jururawat bertungkus-lumus menjalankan tugas mereka. Begitu juga doktor pelatih dan jururawat pelatih yang bersungguh-sungguh menjalankan untuk mendapatkan pengalaman serta membiasakan diri sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan.
Sesungguhnya, dalam hidup ini, kita sering ditekankan tentang kepentingan menjadi semakin baik. Jangan lupa doakan orang kita sayang dan orang di sekeliling menjadi semakin baik, Insya-Allah.

'Branula'
Lauk tengah hari ini tomyam ayam dua ketul. Ayah cakap pada Achik, dia boleh terbang sebab ada dua kepak. Dia cakap itu bukan kepak, itu ayam.😅
Makanan tengah hari ini di dalam tray besi dan sewaktu di asrama dulu, tray ialah benda yang penting dan tempatnya paling atas di dalam lokar. Selepas makan, tray dibasuh sendiri dan itu salah satu asuhan penting supaya apabila balik ke rumah, dapat tolong ibu bapa. Hari minggu, kami bersihkan bilik dan cuci tandas mengikut giliran bilik. Sendiri guna, sendiri bersihkan.
Umi sampai, Achik mahu umi menyuapnya makan. Tangan kanannya dicucuk dan dimasukkan jarum (branula - ayat rujuk artikel Mohamad Azrin (Jururawat) dalam 'www.thereporter.my'). Doakan Achik cepat sembuh, Insya-Allah.
.

Thursday, February 14, 2019
Kejutan
Banyak perkara yang tidak disangka atau dijangka berlaku dalam hidup kita.
Ada masanya, kita makan, ada orang belanja. Ada masanya, kita pun tidak tahu siapa yang bayar harga makanan yang kita pesan. Ada ketikanya, kita sudah bagi signal sambil menunggu kereta keluar dari parkir, belum sempat kita gerakkan kereta, sudah ada yang lagi cepat daripada kita parkir di tempat tersebut. Mungkin ada tempat yang lagi dekat untuk kita parkir, Insya-Allah. Pada masa yang lain, kita gelakkan kawan kita kerana jatuh dan selepas itu, kita pula digelakkan kerana jatuh bagaikan nangka busuk.
Begitulah unik dan berharga hidup kita. Penuh dengan kejutan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita dan hidupan yang lain.

Tuesday, February 12, 2019
Otak
'Guna otak' itu selalu ayah cakap dan mungkin juga orang lain cakap begitu.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak dimaknakan sebagai organ di bahagian atas kepala, yang mengawal pemikiran (perasaan), benak. Dalam kamus yang sama, otak ayam maksudnya bodoh. Otak minyak pula maknanya pandai. Kepala otak atau kepala hotak pula sering digunakan sebagai kata makian. Tengkorak pula maksudnya tulang kepala (yang mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala.
Apabila sudah ada otak, bertindak kenalah pakai otak. Jangan sampai orang cakap kita tidak ada otak. Apabila tidak guna otak, lebih banyak cacian atau makian berbanding cadangan atau pujian.

Semalam
Semalam Isnin, umi sudah cabut pendakap gigi.
Semalam juga hari pertama persekolahan selepas Cuti Tahun Baharu Cina. Bermulanya persekolahan, tentu banyak perkara yang mahu dilakukan. Zaman persekolahan merupakan zaman yang semua orang tidak akan lupakan. Dengan adanya media sosial, banyak kenangan zaman sekolah dikenang kembali. Ada yang perangainya masih sama, ada yang seratus peratus berubah dan ada yang sudah pergi jauh daripada kita.
Semalam pergi, hari ini datang dan hari ini akan menjadi semalam. Kita seharusnya bimbang jika tidak bertambah amalan kerana masa kita semakin kurang.

Saturday, February 9, 2019
Al-Fatihah
Ayah teringat kata-kata Rambo,"Live for nothing or die for something."
Dalam Islam, kita selalu sebut 'husnul khotimah'. Sudah tentu dalam hidup ini, kita mahu penyudahan yang baik. Kita mahu apa-apa yang kita lakukan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Kita perlu membiasakan diri kita untuk melakukan perkara yang baik dan bersedia untuk ditegur untuk menjadi lebih baik.
Sebagai ibu bapa, guru, kawan dan anggota masyarakat pula, kita perlu menunjukkan contoh yang baik untuk melahirkan rakyat yang baik.
Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun telah meninggalkan kita tetapi dia tetap hidup dalam ingatan setiap orang. Al-Fatihah. Moga kita juga dikurniakan 'husnul khotimah', Insya-Allah.

Friday, February 8, 2019
Separuh
Masakan emak kita ialah masakan yang paling sedap di dunia. Rasanya tidak pernah berubah.
Waktu dahulu, bukanlah hidup senang sangat. Kami diajar berkongsi dan makan apa-apa yang ada. Kami diajar, seekor ikan dibahagi dua. Seorang dapat separuh. Selepas makan, pinggan mesti dibasuh. Kutip nasi yang tumpah. Kata orang tua-tua, pada nasi itu ada berkat. Seboleh-bolehnya, jangan dibiarkan jatuh atau tumpah. Antara menu yang Opah selalu masak ialah masak asam pedas. Ada pula pajeri terung atau nanas. Pajeri sudah tentu rasanya unik kerana dimasukkan kerisik.
Alhamdulillah, cukup beruntung bagi kita yang masih mempunyai ayah dan emak. Sayangilah mereka sebagai mana mereka yang cukup menyayangi kita.

Thursday, February 7, 2019
Dugaan
Hidup penuh dugaan. Dugaan itulah yang menduga manusia dan menghidupkan manusia.
Kecil atau besar sesuatu dugaan itu tetap kena kita hadapi. Ada masanya dugaan itu boleh kita harungi sendiri, ada masanya perlu kita hadapi bersama. Ada juga dugaan yang sepatutnya dilalui bersama tetapi akhirnya ditinggalkan dan terpaksa menghadapinya sendiri. Ya, setiap daripada kita ialah pejuang. Perjuangan kita dalam menempuhi dugaan atau cabaran sememangnya begitu pahit dan menyakitkan. Rebah atau tumbang kita disebabkan dugaan itu bagaikan mati sebelum mati. Contoh terbaik untuk kita teruskan perjuangan sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w..
Dugaan yang dihadapi Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat seharusnya menjadi kekuatan kepada kita untuk terus sabar dalam menghadapi dugaan, Insya-Allah.

Tuesday, February 5, 2019
Naga
Tahun Baru Cina mengembalikan ingatan ayah.
Along sempat bersekolah prasekolah di SJKC dan suatu hari, dia kata, dia tengok tarian Naga. Ayah pula ada kawan berbangsa Cina apabila berada di tingkatan 1. Goh, Yap, Kok, Tan, New, Leong, itu nama keluarga mereka. Waktu di tingkatan dua, guru kelas ayah Cikgu Leonard Tan. Masa tingkatan empat, ayah duduk sebelah Woon. Masuk tingkatan 6 di sekolah lain, sebahagian kawan berbangsa Cina bersekolah di situ juga dan Cikgu Bahasa Melayu ayah, Cikgu Auh Ah Chan. Sekelas dengan ayah, Tee. Di universiti, kawan sebilik ayah, Leong Shean Loong, mengambil jurusan Sastera Melayu. Waktu ayah mula mengajar, sempat ke rumah rakan sekerja ayah waktu Tahun Baru Cina, Cikgu Angie.
Uniknya Malaysia dengan pelbagai kaum. Selamat Tahun Baru Cina.

Monday, February 4, 2019
Cemburu
Cemburu? Semestinya ayah cemburu.
Anak-anak main air, mandi sungai, ayah pula ada sehelai sepinggang. Sudah tentu seluar ayah lambat kering jika kena air berbanding mereka berseluar trek. Ayah dan umi turun juga ke dalam air, merasa sejuk air sungai yang mengalir. Selalunya datang ke sini hanya berdiri di atas jambatan kecil memerhati. Kali ini, Mak Lang Siti membawa anak-anak mandi di anak sungai di belakang rumah. Opah hanya memerhati. Bukan lagi gembiranya anak-anak, itu kali pertama mandi sungai.
Ayah pun tak ingat kali terakhir ayah mandi sungai. Yang pastinya, tanggungjawab kita untuk memastikan air sungai terus mengalir tanpa sebarang pencemaran.

Misi
Di Kuantan sudah mula kelihatan durian.
Namun masih awal, belum begitu banyak durian. Khabarnya, sudah gugur di Krau dan di Raub. Maka, misi pun bermula. Kami ke Karak menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur dan keluar ke Karak menghala ke Telemong. Bulan 12 dahulu juga melalui jalan itu. Berhenti kali pertama, nampaknya durian yang banyak di dalam raga sudah ditempah. Meneruskan perjalanan dan mengharapkan ada durian yang dijual di seberang jalan berhadapan Balai Polis Telemong. Ah, tidak ada! Kereta terus bergerak dan di sebelah kiri berhampiran Shell sudah nampak longgokan durian di atas meja.
Alhamdulillah, durian kampung sekilo RM 8 cukup memuaskan hati dan dalam perjalanan balik, singgah lagi dan yang tinggal hanya rambutan.

Friday, February 1, 2019
Kayu Api
Yang menariknya kenduri zaman dahulu, lauk-pauk dimasak menggunakan kayu api.
Zaman dulu, persiapan cukup awal. Waktu cari kayu api cukup seronok, boleh ikut naik lori. Kalau di Felda, antara tempat cari kayu api ialah ladang getah. Pokok getah yang sudah mati ditebang dan dikerat-kerat sebagai persiapan. Kayu api ditutup supaya tidak basah ditimpa hujan atau diletak di tempat yang sesuai. Sudah tentu aroma atau bau masakan tidak sama apabila menggunakan kayu api berbanding dapur gas.
Datang rumah pak cik Hafiz, tengok pak cik Hafiz sedang memasak menggunakan kayu api. Menggamit nostalgia.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...