Malamnya ke Wakaf Che Yeh, pagi esoknya, Pak Teh Arah dan Ateh bawa kami ke tempat makan pagi antara yang tersohor di Kota Bharu dan ternyata sendat dengan manusia walau awal pagi.
Alhamdulillah, ada tempat untuk duduk. Menanti roti titab, banyak makanan yang boleh dimakan seperti kuih-muih, nasi lemak dan 'durian crepe'. Banyak orang terkenal makan di sini. Riuh-rendah, meriah dan walaupun tempat luas, tetap penuh serta banyak yang menunggu. Roti titab pun sampai. Telur separuh masak di atasnya berserta kaya di empat penjurunya. Alhamdulillah, perut kenyang walaupun ayah sempat 'bermandi air milo' achik yang di sebelah ayah😥.
Ternyata sungguh berbaloi ke Kopitiam Kita, Kota Bharu yang penuh aneka jenis juadah. Datanglah! Nikmati segalanya di sini!
Translate
Tuesday, September 11, 2018
Titab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
2 comments:
ramai favorite roti titab ni :D
Kali pertama mencuba...
Post a Comment