Balik dari kenduri pak su, kami teruskan aktiviti sampingan ke Pasar Siti Khadijah.
Selesai di situ, kami bergerak dan berhenti di kawasan berhampiran Istana Balai Besar. Umi cakap dia pernah ke sini. Ayah dan anak-anak belum pernah lagi. Di sini ada Bank Pitis yang di kiri dan di kanannya ada meriam. Letaknya di hadapan pagar Istana Balai Besar. Di seberang jalan berhadapannya ada dataran yang luas dan pintu gerbang yang cukup besar. Hari pula semakin redup. Umi beli lokcing. Kami panggilnya sate ikan. Hujan rintik-rintik mulai turun.
Kami berlari masuk kereta kerana hujan mulai lebat. Kami berebut-rebut menikmati lokcing di dalam kereta dalam hujan lebat berhampiran Bank Pitis. Lazatnya tak terkata!
Translate
Monday, September 10, 2018
Pitis dan Lokcing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment