Pagi ini, sampai di sekolah, along tengok kasut sekolahnya tidak ada di dalam kereta.
Pagi ini juga ada Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat sebab minggu depan PT3 sudah bermula. UPSR sudah selesai semalam. Hari ini juga hari terakhir Cik Hiromi di Semsas. Ramai ibu bapa yang datang untuk majlis pagi ini. Sebelum solat hajat, ceramah disampaikan PU Razi.Tidak jemu mendengar ceramahnya yang dikaitkan dengan isu semasa sekarang. Antara pesanan PU Razi ialah jangan sombong kerana kita semua bakal jenazah dan doa yang diminta mesti spesifik. Siang tadi sudah dengar ceramah PU Razi, malam ini pula ada siaran langsung Dai di TV3.
Translate
Friday, September 28, 2018
PU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment