Semalam ada KUJ dan bermulanya Semsas 7's. Ayah ke sekolah dan sebelumnya hantar anak-anak ke rumah wan.
Umi pula membawa along ke program Amal Islami untuk pertandingan hafazan. Hari-hari yang kita lalui akan disulami dengan pengalaman. Ayah tidak ada pengalaman seperti along. Kali pertama ayah naik ke pentas baca sajak, berminit-minit juga ayah berhenti kerana terlupa 'lirik'. Ayah hanya berpesan kepada along supaya bertenang kerana ingatan itu akan kembali sekiranya kita terlupa, Insya-Allah. Pengalaman seperti anak-anak di Semsas yang bermain ragbi juga ayah tidak alami. Ayah fikir, tenang juga perlu ada untuk mengatur strategi atau mencampakkan bola ke tempat yang betul.
Bergembiralah dengan pengalaman yang kita lalui kerana pengalaman akan membentuk kita untuk lebih kuat menempuh dugaan yang mendatang, Insya-Allah.
Translate
Saturday, September 22, 2018
Tenang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment