Diam. Dia terdiam. Dia mendiamkan diri kerana berasa seperti diperhatikan.
Saat itu dia teringat akan peribahasa Melayu, diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. Dia tidak pasti dia ubi atau besi kerana dia bukanlah seorang yang pendiam. Tadi, dia tidaklah sediam itu. Sekarang, terdengar-dengar lagu 'Diam-diam Jatuh Cinta', nyanyian Ramlah Ram di gegendang telinganya.
Diam-diam, berpandangan
Mata bertentang mata
Malu-malu, aku malu
Kaubuat begitu
Dia juga diam kerana berasa seseorang telah memperdiamkannya. Tiba-tiba, diamnya dikejutkan dengan satu suara. "Lima minit lagi," kata suara itu. Dia terjaga. Di sekeliling semua kawannya diam menjawab soalan periksa. Dia juga diam. Diam kerana tidur. Dunia dirasakan gelap.
Translate
Friday, September 7, 2018
Diam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dapatkan
Ya, dia sedang bekerja. Masakan tidak, walau dikata orang Monday Blues, semangatnya lain macam, pagi dia sudah jerit-jerit. Mana kau...
No comments:
Post a Comment