Semalam, masa umi telefon, telefon ayah dalam mod senyap.
Lepas Jumaat, baru ayah perasan. Umi ambil achik awal dan bawa achik ke klinik. Achik semput. Kena sedut supaya nafasnya kembali normal. Malam, elok sahaja dia bermain. Sampai di rumah lepas Jumaat, dia berbaring sahaja. Dadanya masih naik turun. Umi kata sebelum ayah balik nampak sudah makin baik sebab sudah cakap-cakap dengan umi. Petang, wan dengan atuk sampai. Ayah bergerak ambil angah dan along. Terus menuju ke rumah atuk sebab umi, adik dan acik naik kereta atuk. Hampir maghrib, ke klinik semula kerana nafasnya laju sangat. Terpaksa menunggu pula.
Masuk ke bilik doktor, doktor cakap sepatutnya masuk terus sebab semput atau lelah kena segera. Umi sudah tanya tetapi disuruh menunggu juga. Alhamdulillah, achik semakin baik. Harapnya makin baik hari ini.
Translate
Friday, September 28, 2018
Baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment