Misi umi dan anak-anak berjaya. Kami pun kembali ke Euphorbia untuk mengemas.
Menurut umi, atuk, wan, pok de dan mok de serta Aqil akan singgah di Colmar Tropicale dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur. Selesai bersiap, mereka pun tiba. Umi pergi ambil mereka dan bawa ke bilik. Sempat wan, opah dan dua atuk berborak. Selesai, hajatnya ke Taman Jepun sebelum pulang. Atuk, wan, mok de, pok de dan Aqil menjelajah Colmar Tropicale. Nampaknya, tempat parkir penuh. Jika mahu ke Taman Jepun juga, kena menunggu, naik 'shuttle bus'. Kami kesuntukan masa. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang. Mungkin lain kali sahaja.
Insya-Allah, panjang umur, kami kembali ke Colmar Tropicale. Menikmati percutian yang menarik di sini. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Pasti berbaloi!
Translate
Thursday, September 20, 2018
Baloi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment