Translate

Tuesday, September 11, 2018

Longkah

Kereta sudah sarat diisi.  Giliran  perut perlu diisi kembali, ke manakah harus dituju?
         Akhirnya, pak teh Arah membawa kami makan di sebuah kedai. Bukan waktu puncak, jadi orang tidaklah ramai sangat. Lauk ada yang sudah habis. Umi dan atuk makan sup daging. Longkah dagingnya dan sedap rasanya menurut umi. Lauk lain pun masih  ada. Alhamdulillah, masih ada sup ayam kampung. Sudah lama tak makan sup ayam kampung. Achik sahaja tidak makan kerana sudah lama tidur.
       Alhamdulillah, inilah destinasi  makan-makan terakhir di Kota Bharu kami sebelum balik, iaitu Kedai Makan Nasi Serati Ayam Kampung. Penggemar sup wajib merasai keenakan sup di sini.

2 comments:

Sayidah Napisah said...

Longkah tu apa ye?

nampak macam sedap sup tuu yummmy! :D

khairul hakimi mansor said...

Lekang dari tulang atau macam buah rambutan yang lekang daripada bijinya

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...