Dalam buku Mutiara Kata (susunan Adi Alhadi), Wilhelm Busch menyatakan menjadi bapa sangat mudah, melalui hidup sebagai bapa, itu yang susah.
Banyak tugas bapa atau ayah dalam kehidupan seharian. Jika disenaraikan mungkin tidak sebanyak tugas ibu atau umi tetapi tetap penting dalam sesebuah keluarga. Sebahagian masa ayah juga digunakan untuk menunggu anak balik dari sekolah atau dari kelas mengaji. Anak-anak pula cukup suka jika cermin kereta berwap dan menulis sesuatu sebelum masuk ke dalam kereta. Along pula menyatakan bahawa sudah lama dia berlatih menulis secara terbalik dan akhirnya dia berjaya. Mesejnya sampai melalui cermin kereta yang berwap.
Pagi ini, apabila cermin kereta berwap, muncul kembali tulisannya malam tadi. Kata Theodore Hesburgh dalam buku yang sama pula, perkara paling penting yang boleh dilakukan oleh seorang bapa untuk anak-anaknya ialah menyayangi ibu mereka.
Translate
Wednesday, August 15, 2018
Wap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment