Ayah terbaca dalam Astro Awani tentang artikel 'Temerloh Bandar Mati?' yang ditulis Siti Nursyazwani.
Radiator Springs sepi disebabkan ada lebuh raya baharu? Adakah Temerloh begitu juga seperti yang diutarakan Ahmad Loqman Izzat? Radiator Springs yang diinspirasikan dari tempat yang wujud, iaitu 'Route 66' kembali hidup dengan adanya 'Lightning Mc Queen'. Boleh juga dikatakan salah satu sebab yang 'menghidupkan' Temerloh ialah ikan patin.
Waktu ayah sekolah di sini dahulu, salah satu tempat yang ayah suka pergi waktu keluar ke bandar ialah di tepi sungai (Sekarang namanya 'Esplanade'). Sambil 'melayan' majalah Gila-Gila dan dihembus angin sungai, ayah suka tengok bot penumpang yang membawa pergi dan balik orang ke kampung di seberang sungai. Selalu juga ke kedai majalah yang berhampiran Plaza Temerloh di pekan lama dan nampaknya sekarang bukan lagi kedai majalah.
Pekan lama Temerloh ini harus dijaga keunikan bangunannya kerana itu salah satu 'barang antik' dan ada tarikan yang tersendiri. Koi orang Temerloh. Aok?
Translate
Wednesday, August 1, 2018
Antik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment