Sebagai manusia kita memerlukan cermin. Berapa kalikah kita melihat cermin hari ini? Berapa kalikah kita 'cermin diri' hari ini?
Salah satu lagu yang tak pernah jemu ayah dengar setakat ini ialah lagu 'Di Balik Cermin Mimpi', nyanyian Datuk M. Nasir.
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh
bermakna
Selain melihat fizikal kita di dalam cermin, ada masanya kita perlu 'cermin' juga hati kita sebab banyak perkara berpunca daripada hati kita.
Kadang-kadang apabila bercermin, kita dapat melihat diri kita, kadang- kadang dapat melihat apa-apa yang ada di sebalik cermin dan yang paling penting, mari kita sama-sama 'cermin' hati selalu.
No comments:
Post a Comment