Semalam dekat rumah atuk, angah mengingatkan ayah tentang bulu ayam selepas ayah menyiapkan kerja.
Pencarian pun bermula. Tahi ayam pun susah nak jumpa, apatah lagi bulu ayam. Atuk pun dah tak bela ayam lagi. Dulu, ayam pun masuk beranda, kadang-kadang masuk dalam rumah terus. Ayah mahu tunjuk pada anak-anak tentang carik, tentang peribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Zaman ayah sekolah dulu, salah satu eksperimen ialah bulu ayam dicarikkan supaya tidak lagi rapi, kemudian diletakkan dalam buku teks dan ditutup semalaman. Esoknya, Insya-Allah, bulu itu akan bercantum kembali, menjadi rapi. Dua tiga kali pusing, bulu ayam tak ditemui. Tak apa, lain kali eksperimen 'carik' bulu ayam akan dibuat. "Jangan putus asa," kata angah selalu.
Translate
Saturday, August 25, 2018
Carik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment