Waktu zaman sekolah dahulu, salah satu buku cerita kegemaran ayah ialah Juara yang Tewas, karya Dato' Arifin Said.
Kisah yang amat menarik, kisah naga Tasik Chini, Sri Pahang dan Sri Gumum. Ayah tidak pernah menerokai Tasik Chini tetapi pernah ke Kem PLKN di sana kerana menjalankan tugas. Teratai tak dapat dipisahkan dari tasik. Ayah pernah makan buah teratai sewaktu mencari ikan bersama dengan atuk dan adik-adik ayah di kampung. Rasanya, berlemak dan mungkin lebih sedap daripada kacang.
Bagi yang rindu tasik Chini dan diutamakan kepada yang sangat lapar serta tercari-cari makanan lazat untuk dimakan, silakan ke Teratai Chini Shell Ouch, Jalan Teluk Sisek. Rasanya? Cubalah!
Translate
Saturday, August 4, 2018
Chini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak — Ujar Detik Yang Beredar
Pagi ini aku melihat pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment