Apabila terdengar RTM Pahang akan bawa Khair Bahar ke Semsas, ayah pun tanya anak-anak murid ayah.
Ada yang suka 'Bayang', ada yang suka 'Luluh'. Anak-anak murid ayah boleh belajar unsur bunyi guna lagu untuk cepat faham. Dalam lagu 'Luluh', contoh aliterasi (pengulangan huruf konsonan 'n') ialah 'aku tersungkur menunduk meraung'. Dalam lagu duetnya dengan Fatin Husna, 'Rahsia Kita', contoh asonansi (pengulangan huruf vokal 'a') ialah 'rahsia antara kita berdua'. Kalau jawab soalan, huruf vokal dan huruf konsonan yang berulang itu wajib digaris.
Lirik lagu Khair Bahar yang puitis sesuai untuk anak-anak murid ayah buat latihan asonansi dan aliterasi (unsur bunyi). Menyanyi sambil belajar, tapi jangan nyanyi kuat-kuat. Kalau Abah atau ayah datang, pasti hati 'luluh'.😂
Translate
Wednesday, August 29, 2018
Luluh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment