Kawan-kawan ayah kerap datang ke sini mengeteh dan makan roti canai. Letaknya masih lagi di kawasan Batu 8 dan jika sudah melewati Restoran Zaman, itu tandanya sudah terlajak.
Kedainya depan sedikit selepas simpang Jalan 'Bypass' yang menghala ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, duduknya di sebelah kilang papan dan di sebelah kedai pomen serta kedai Hasil Laut Kiah Kee. Pagi ini kami singgah di sini dan seperti biasa, penuh orang. Alhamdulillah, seorang lelaki memberi ruang kepada kami dan pantas menghabiskan airnya. Roti canai kosong untuk anak-anak, roti canai banjir untuk umi dan nasi berlauk untuk ayah.
Walaupun ramai orang resah dan susah hati apabila banjir, roti banjir tetap menjadi pilihan hati. Warung arwah Pak Ibrahim tetap menjadi pilihan penggemar roti canai.
Translate
Friday, August 10, 2018
Banjir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment