Ayah tak tahu sangat pasal tayar. Kawan ayah, Cikgu Khair selalu sebut 'sakit tayar'.
Kalau dulu, kami ikut atuk pergi ladang, atau atuk pergi dengan opah, jika tayar motor pancit, jenuhlah dan terseksalah nak sampai ke rumah sebab jauh jaraknya.
Dalam laman sesawang Kosmo bertarikh 15 Januari 2018, terdapat artikel bertajuk 'Pirelli Jangka Catatan Masa Lebih Pantas' yang berkaitan dengan F1. Dalam artikel ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pirelli, Mario Isola meramalkan bahawa purata masa setiap pusingan perlumbaan akan terus berkurangan pada musim 2018 ekoran daripada kombinasi naik taraf jentera dan komponen tayar yang lebih lembut.
Idea mula datang apabila ayah tengok Encik Sulwazif memandu kereta. Ayah pun tangkap gambar tayar kereta yang dibawanya. Apabila ayah mencari maklumat dalam internet, barulah ayah tahu kelajuan juga dipengaruhi oleh tayar. Ayah ingat kelajuan hanya dipengaruhi oleh enjin dan minyak.
Translate
Tuesday, March 6, 2018
Tayar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment