Apakah yang berlaku apabila ayah mengasuh sebab umi ada perkhemahan?
Yang pertama, waktu umi keluar, adik sedang tidur. Ayah pun ke belakang rumah, sudah lama tidak menyapu daun kering. Sedang menyapu, angah datang minta kebenaran untuk main telefon. Hampir siap, adik pun bangun. Di dalam rumah tak usah kira, boleh tahan semaknya. Sudah lama tidak memanaskan susu, inilah harinya. Abang-abang pun gembira adik bangun. Ayah bawa adik keluar sebab dekat luar banyak angin. Adik mengantuk, ayah beri susu. Tak lama pun tidurnya. Bangun lagi dia dan beri dia main-main dengan abangnya. Achik dan angah mandi sambil main air. Mengantuk lagi, ayah beri lagi susu, baru nak terlelap, susu pula habis, sambung menangis.Ayah telefon umi, tanya nak buat macam mana tentang susu yang mengeras di dalam peti ais. Pandai pula along pujuk. Akhirnya, tertidur juga, Alhamdulillah. Pukul 4 petang, baru teringat nak sidai kain.
Akhirnya, sempat ayah siapkan satu cerita. Adik sudah bangun. Menangis di dalam buaian. Along tolong mengenjut buai, dia tertidur semula. Ayah letak sekali gambar adik yang ceria (gambar hari lain) seolah-olah segalanya berjalan lancar.😂
Translate
Saturday, March 31, 2018
Ceria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment