Yang ayah ingat pasal Badang ialah dia kuat sebab makan muntah hantu.
Ayah pun cari maklumat tentang Badang. Ayah terjumpa satu artikel dalam laman sesawang Berita Harian bertarikh 8 Februari 2017. Tajuknya 'Badang Bukan Mitos, Tak Makan Muntah Hantu,' ditulis oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof.
Antara kandungannya, menurut Kurator Muzium Kota Tinggi, Mohd Azlan Hafiz Mohti, mengikut Sejarah Melayu, Badang dikenali sebagai hulubalang kerajaan Temasik (Singapura) ketiga, Raja Seri Rana Wikerma (antara tahun 1362 hingga 1375).
Dalam artikel yang sama, seorang ahli sejarah Riau, Indonesia, Syarif Muhammad Salleh menyatakan kisah Badang diubah pihak Barat untuk memberi gambaran buruk tentang sikap orang Melayu (makan muntah hantu).
Nak tahu lebih banyak, bacalah sendiri. Ayah terjumpa artikel ini setelah selesai menguruskan achik. Ayah kebasahan sebab achik muntah di atas ayah yang duduk meriba adik. Dia berdiri di belakang ayah. Dia mana boleh duduk diam. Umi cakap, achik anak kinestetik.
Translate
Monday, March 5, 2018
Muntah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment