Petang ini, umi ajak ayah pergi baiki basikal yang ada di rumah atuk dan wan.
Apabila anak-anak berjumpa sepupu mereka, salah satu yang direbut mereka ialah basikal. Di rumah pun, yang naik basikal hanya along, basikal yang lagi satu pun dah rosak.
Sampai di kedai, basikal pun dibaiki dan umi memang sudah berkira-kira mahu membeli basikal untuk mereka tetapi tidak tahu bila masanya.
Balik rumah, dalam kereta penuh muatan basikal dan apabila umi panggil, semua tak habis-habis tersengih apabila dapat basikal termasuklah achik yang asyik mengayuh ke belakang, basikal tak bergerak-gerak.
Translate
Saturday, March 10, 2018
Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak - Ingatan di Helaian
Seekor gembala kerbau muncul di muka pintu kelas melangkah dua tiga tapak berpusing pantas terbang ke langit aku hanya memerhati sedang an...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment