Selesai memberi makan buah tembikai, kami ke tempat yang berhampiran.
Ada tiga ekor gajah di dalam kurungan di situ. Tembikai tadi diberi percuma. Ayah membeli pula seikat tebu yang telah dipotong berharga tiga ringgit. Sesi memberi makan disambung. Angah tidak memberi tebu kepada achik kerana takut achik makan tebu pula (gurau sahaja😜). Angah cukup gembira nampaknya setelah berjaya memberi gajah makan. Gajah mencapai tebu yang dihulurnya. Apabila ayah bertanya, katanya dia tidak dapat memberi gajah makan tembikai sebab pada masa itu orang sangat ramai dan dia tidak tahu cara untuk memberi gajah makan.
Patutlah dia nampak gembira sangat kerana sudah tahu cara untuk memberi gajah makan setelah memerhatikan abangnya, Aidil dan orang lain memberi gajah makan. Ya,walaupun pencapaian itu mungkin nampak kecil bagi kita orang dewasa, tetapi itu satu pencapaian yang besar untuk anak-anak.
Translate
Friday, March 23, 2018
Berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment