Translate

Saturday, March 24, 2018

Warna-Warni

Casa Titik. Itu yang umi beritahu ayah. Ayah pun kali pertama mendengarnya.
     Hari yang cukup mencabar dengan kerenah pelbagai. Genap achik tiga tahun. Yang penting ada kolam. Zaman budak-budak, kolah dan kolam ikan ayah tahulah. Anak-anak cukup suka ada kolam. Casa Titik vila ala Sepanyol. Ayah tengok dalam Instagram.
      Anak-anak suka mandi kolam. Umi suka ketenangan di sini. Ayah pula suka lukisan yang pelbagai dan berwarna-warni menghiasi dinding Casa Titik.

No comments:

Sajak - Ingatan di Helaian

Seekor gembala kerbau muncul di muka pintu kelas melangkah dua tiga tapak  berpusing  pantas terbang ke langit aku hanya memerhati sedang an...