Tahniah anak-anakku! Bekalan sudah cukup untuk membawamu ke destinasi impianmu. Sekarang engkau sudah sampai di persimpangan dan engkaulah yang harus memilih.
Jalan yang engkau tempuh anakku tidaklah sama tetapi asalkan engkau tahu tujuannya, Insya-Allah engkau akan sampai. Ada masa jalannya lurus, ada masanya berlubang, ada masanya bengkang-bengkok, ada masanya berbukit bukau dan ada masanya engkau terpaksa menempuh jalan mati. Engkau punya pilihan untuk patah balik atau membina jalan yang baharu.
Sekarang waktunya engkau untuk memilih jalan, pastikan engkau tahu tempat yang dituju. Jika engkau masih tercari-cari arah tuju, engkau masih juga boleh sampai tetapi tidak tahu bila. Teruskan perjalanan anak -anakku! Banyak yang sedang menantimu!
Translate
Thursday, March 15, 2018
Jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
1 comment:
semoga mereka berjaya dengan setiap laluan yang dipilih
Post a Comment