Keputusannya ialah seri, iaitu 1-1. Yang dicari ialah kemenangan. Gol pada minit-minit terakhir Giroud menukarkan suasana.
Proses untuk menjayakan sesuatu itu seharusnya yang dinilai dan bukan keputusan akhir semata-mata. Anak-anak juga tidak boleh dinilai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata kerana itu satu penilaian kurang adil dan hakikatnya memanglah benar pada hari ini keputusan peperiksaan itu penting untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak seperti abang dan sepupunya gemar bermain robot. Ada masanya robot itu dicerai-ceraikan dan kemudian dicantumkan semula. Semasa proses pembinaan, kreativiti mereka berkembang dan mereka belajar memilih komponen-komponen yang sesuai untuk digabungkan menjadi robot yang baharu. Ada masanya pilihan itu betul dan ada masanya pilihan itu kurang sesuai.
Kita sedar atau tidak, anak-anak setiap hari melalui proses untuk mematangkan diri mereka walaupun dilihat mereka hanya bermain-main. Bermain juga melibatkan proses berfikir. Itulah keajaiban proses.
Translate
Saturday, November 19, 2016
Proses
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahagia Ke Sorga
Dua hari lepas, Ayah dan Along ke Bentong, bukan untuk mencari halia Bentong tetapi menghadiri walimatulurus. Rasa macam baru makan kenduri...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment