Ayah tidur di atas sofa. Sedar-sedar, semua anak ayah sudah bangun. Tadi sebelum ayah tidur, hanya dua orang sudah jaga.
Untuk memahami anak-anak, bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Yang paling senang ialah marah. Kadang-kadang yang dimarahi itu pun tidak mempedulikan kita kerana belum sampai peringkat 'reti bahasa'.
Hari ini abang berseronok dengan membina robot dan membaca komik Satria Junior (Lantzen). Kemudian, dia memainkan gitar yang tidak bertali sambil menyanyi lagu 'Hang Pi Mana'. Dia menari dan adik mengikutinya.
Keseronokan angah pula lain. Angah pula memakai jubah yang akan dipakai pada tahun hadapan pada setiap hari jumaat. Dia menjatuhkan segala kertas yang ditampal pada peti ais menggunakan magnet. Dia duduk di sebelah abang mendengar cerita daripada komik yang abang baca.
Keseronokan adik pula mengutip permainan dan dimasukkan ke dalam bakul. Dia mengutip plastik roti jagung Gardenia lalu meletakkan di atas meja. Yang paling dia suka 'mengemas' pinggan mangkuk di bawah singki.
Ayah membiarkan mereka sahaja. Sekarang mereka sedang main lawan-lawan di atas katil. Emak pula belum balik dari tempat kerja.
Translate
Monday, November 28, 2016
Biar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidup
Hari yang keempat, anak-anak terus tekun di dewan menjawab soalan penulisan, di luar hujan masih berterusan. Legasi dan semangat y...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Sireh pinang di dalam puan, Untuk hidangan putera perkasa, Selamat jalan duhai pahlawan, Tabah hatimu semangat waja. Ini sebahagian lirik Si...
No comments:
Post a Comment