Translate

Thursday, November 10, 2016

Emas

Sewaktu ayah kecil dahulu, ayah tertunggu-tunggu telatah Donald Duck.
       Suatu ketika pula, ayah tertunggu-tunggu promosi burger terbaharu McDonald dan kini ayah dan mungkin orang lain juga tertunggu-tunggu perkara yang akan dilakukan oleh Donald Trump yang berusia 'emas', 70 tahun, Presiden Amerika ke-45.
    Kata orang penantian itu satu penyeksaan. Apa kata, ayah meneruskan sahaja melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ayah dan anak-anak ayah meneruskan menuntut ilmu dan belajar perkara-perkara baharu kerana masa tidak pernah menunggu kita.
     Kata Benjamin Franklin, 'time is money' dan kata orang Melayu, masa itu emas.

No comments:

Syukur

Ramadan terakhir Jumaat, esok 1 Syawal Sabtu bersamaan 21 Mac 2026 . Sedang dalam perjalanan, sedang menyiapkan juadah untuk esok atau sudah...