Alhamdulillah, adik sudah keluar dari wad petang semalam.
Sebelum adik keluar dari hospital, sempat adik bermain-main dan barulah adik menunjukkan keaktifannya apabila dia semakin sihat. Adik memang tidak duduk diam.
Siang tadi, abang pertama kali naik ke atas pentas dan jalannya terlalu laju. Tidak sempat ayah menangkap gambarnya. Malam ini pula, emak dan anak-anak mengikut ayah. Malam ini adik begitu aktif. Dia berlari-hari mengikuti kedua-dua abangnya. Apabila jatuh, dia bangun kembali. Lihatlah kepada mana-mana anak, mereka pantang menyerah kalah.
Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa patah sayap bertongkat paruh. Maksudnya ialah terus berusaha dengan tiada putus harap. Sebelum dewasa, kita juga anak-anak dan seharusnya semangat sewaktu menjadi anak-anak itu tidak hilang dalam diri kita.
Ayuh, teruskan berjuang dan jangan mengalah walau apa-apa pun yang berlaku!
Translate
Wednesday, November 23, 2016
Paruh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahagia Ke Sorga
Dua hari lepas, Ayah dan Along ke Bentong, bukan untuk mencari halia Bentong tetapi menghadiri walimatulurus. Rasa macam baru makan kenduri...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment