"Nak pergi tempat lain," hampir setiap pagi angah menyebutnya sekarang ini. Ayah pun naik risau mendengarnya.
Dia tidak mahu ke sekolahnya walaupun ayah telah bertemu dengan cikgunya tempoh hari. Pagi-pagi dia enggan memakai baju dan seluar sekolah walaupun dipaksa. Dia akan menanggalkannya semula.
Dalam bab ini, emak mengikut anginnya. Emak memakaikan baju dan seluar lain terlebih dahulu. Sampai di sekolah, cikgunya pun mengikut anginnya atau memujuknya. Itulah kepakaran cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak di bawah umur enam tahun.
Pagi ini, ayah juga mengikut anginnya yang enggan memakai baju dan seluar sekolah. Ayah memakaikan baju dan seluar lain terlebih dahulu.
Ayah terjumpa kata-kata Jack Sparrow, "The problem is your attitude about the problem." Dalam menyelesaikan satu-satu masalah, sebenarnya kecil atau besar masalah itu bergantung kepada sikap kita.Sikap kita pula dipengaruhi ilmu, pengalaman dan kepercayaan terhadap sesuatu masalah yang kita hadapi.
Translate
Monday, November 14, 2016
Sikap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Lapis
Apabila buka saja sekolah, hari kedua timbul rasa stres Ayah. Kata adik, "Ayah stres, tapi benda tu buat kita belajar!" D...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment