Malam ini angah menemani ayah ke Taman Budaya. Setelah sepupu-sepupunya balik, ayah mengajak abang dan angah. Hanya angah yang mahu mengikut ayah.
Hujan renyai-renyai turun. Kereta meredah hujan dan kenderaan kian perlahan. Ada tempat tertentu di tepi jalan menakung air. Angah cakap dia seronok bermain kereta api dengan sepupunya. Satu rumah mereka tolak kerusi plastik berwarna merah.
Sampai di Taman Budaya, latihan telah bermula. Anak-anak yang menguasai pelbagai kemahiran disatukan dalam satu persembahan. Ada yang berlakon, ada yang bermain gasing, ada yang berpantun, ada yang menari, ada yang bermain alat musik, ada yang bersyair dan ada yang bersilat bergilir di atas pentas.
Angah akhirnya terlentok di atas kerusi empuk merah di sisi ayah kepenatan.
Translate
Friday, November 18, 2016
Kereta api
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Lapis
Apabila buka saja sekolah, hari kedua timbul rasa stres Ayah. Kata adik, "Ayah stres, tapi benda tu buat kita belajar!" D...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment