Semuanya tiba-tiba. Semuanya berlaku dengan pantas.
Apabila Opah, Atuk, Pak Su Apit dan Mak Su Zyma mahu datang ke Kuantan, petang itu Umi merancang sesuatu dengan Mak Su Zyma. Akhirnya, mereka tiba terlebih dahulu di Cherating. Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating, itulah destinasinya. Opah dan Atuk menyebut mahu ke Cherating sebelum ini. Selesai balik dari Semambu dan mengambil anak-anak, barulah kami bergerak. Kami meninggalkan Donah, Donah yang kehilangan tiga anak.
Alhamdulillah, perjalanan lancar, perancangan mengejut dan tindakan pantas yang dilakukan Umi. Dalam gelap Maghrib, kami sampai ke Cherating. Keterujaan anak-anak bertambah melihat ada kolam. Keterujaan seharusnya sentiasa ada dalam menempuh perjalanan hidup ini!
No comments:
Post a Comment