Perjalanan ke Kuantan berjalan lancar, Alhamdulillah, cuaca pun baik.
Tujuan kali ini tidaklah jauh mana, dekat dengan tempat tinggal saja. Biasanya, yang dimakan yang sudah dikeringkan, tetapi kali ini yang betul-betul segar. Pernah dengar Profigs di Sungai Soi, Kuantan? Di sinilah tempat untuk mendapatkan buah tin segar, boleh petik sendiri lagi. Apa-apa pun, hajat yang ini tidak kesampaian kerana semuanya sudah ditempah orang dan Alhamdulillah, diberi peluang merasa buah tin segar yang masih segar, ada dua jenis rupa-rupanya, yang hijau dan merah hati. Singgah di rumah, sempat membawa Opah ke nurseri bunga. Dalam perjalanan balik ke Lanchang, singgah di Nurseri Saloma yang menjadi pujaan hati Opah berhampiran jalan ke masjid Kuipsas.
Hidup ini seindah bunga warna-warni yang memberikan kegembiraan kepada hidupan yang lain. Mekar, kembang, kuncup dan layu itulah kehidupan yang harus kita lalui. Bersyukurlah.
No comments:
Post a Comment