Lepas Isyak,kami bergerak, jalan kaki saja melalui bangunan lama bandar Kuantan.
Kenderaan banyak, malam minggu, begitulah. Mahu melintas perlu minta izin, Alhamdulillah, ada yang mahu beri jalan untuk ke seberang. Di luar kedai ada basikal tua. Memang menarik, bangunan lama dihiasi barang-barang lama atau dihiasi dengan hiasan dalaman cara dulu-dulu, ditambah pula ada gambar-gambar lama. Tiada yang lama, tiada yang baharu, begitulah yang selalu diungkapkan orang. Mok De dan Pok De sudah menunggu. Masuk ke kedai, guna aplikasi MySejahtera, senang saja.
'Burgerak' inilah tempatnya, tempat makan hipster. Kami sampai, pelanggan masih belum ramai. Mengambil tempat duduk, menikmati dekorasi, malam indah di bandar Kuantan.
No comments:
Post a Comment