Dalam buku Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi, Adolf Hitler berkata, "Jika anda menagih simpati daripada rakyat terbanyak, anda hendaklah memberitahu mereka perkara-perkara yang paling buruk dan paling bodoh."
Dalam situasi hari ini, sudah pastilah media sosial menjadi tumpuan untuk mengetahui berita terkini. Banyak isu yang berlegar saat ini dicipta oleh orang yang licik dan penuh muslihat. Banyak isu bersifat spekulasi dan sengaja disensasi untuk menagih simpati, mengelirukan fikiran dan memperbodohkan kita. Kita harus tenang, harus menapisnya dengan fikiran yang rasional dan pertimbangan yang wajar. Baca sampai habis. Elakkan juga daripada membaca tajuk sahaja, kemudian membuat andaian sendiri atau menokok tambah.
Kita harus meneliti setiap isu yang terjadi. Pisang tak akan berbuah dua kali atau berkali-kali. Kita jangan jadi bodoh dan berkali-kali bodoh.
No comments:
Post a Comment