Umi ke stadium dan pasti disinari mentari hari ini. Lepas sahaja berita RTM pukul 7 pagi, juruhebah Pahang FM memutarkan lagu Endang S. Taurina, 'Apa Yang Kucari?'.
Di Dewan Al-Khawarizmi pula pagi ini kami menyanyi lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. Pagi ini kami menyanyi diiringi pasukan Jasa Winds yang dibimbing Puan Zanariah dan Puan Nidzra. Buat julung-julung kalinya Jasa Winds memainkan Lagu Sekolah sempena Pelancaran Program Jom Ke Sekolah. Mengujakan! Hari Isnin yang memukau dan bersejarah. Izzah yang akan ke Korea Selatan Khamis ini untuk sambung belajar muncul di bilik guru sebelum ke sana. Lima tahun menimba ilmu.
Kita perlu mencari sesuatu yang memukau untuk menghidupkan atau menyinari hari yang sedang kita lalui untuk lebih bersemangat. Ada semangat, kerja lebih 'menyengat', Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment