Dua hari lepas, sewaktu ayah menyapu sampah hujan pun turun.
Oleh sebab tidak ada guruh dan petir, ayah meneruskan sahaja kerja ayah, membiarkan diri dibasahi hujan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ada juga peribahasa pasal hujan. Antaranya tidak hujan lagi becak, inikan pula hujan. Maksudnya,tidak berbuat pun dikata orang, apalagi kalau benar perbuatan kita. Kadang-kadang, dalam hidup kita, kita berbuat baik atau buat kerja pun tetap dikata, apatah lagi kalau kita berbuat jahat. Pilihan yang kita ada biarlah kita teruskan berbuat baik atau buat kerja kerana seperti kata peribahasa, tidak berbuat pun tetap dikata orang.
Memang ada spesies manusia yang rasa 'bahagia' melihat kita menderita, mahu kita ditimpa hujan, ditimpa kesusahan. Teruskan bekerja atau berbuat baik dan berbahagialah kerana Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.
No comments:
Post a Comment