Translate

Sunday, February 17, 2019

'Branula'

Lauk tengah hari ini tomyam ayam dua ketul. Ayah cakap pada Achik, dia boleh terbang sebab ada dua kepak. Dia cakap itu bukan kepak, itu ayam.😅
       Makanan tengah hari  ini di dalam tray besi dan sewaktu di asrama dulu, tray ialah benda yang penting dan tempatnya paling atas di dalam lokar. Selepas makan, tray dibasuh sendiri dan itu salah satu asuhan penting supaya apabila balik ke rumah, dapat  tolong ibu bapa. Hari minggu, kami bersihkan bilik dan cuci tandas mengikut giliran bilik. Sendiri guna, sendiri bersihkan.
        Umi sampai, Achik mahu umi menyuapnya makan. Tangan kanannya dicucuk dan dimasukkan jarum (branula - ayat rujuk artikel Mohamad Azrin (Jururawat) dalam 'www.thereporter.my'). Doakan Achik cepat sembuh, Insya-Allah.
.

No comments:

Tindakan

And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...