Hari minggu? Kami ke majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya RNN CEM Sdn. Bhd. bersama dengan Chef Yang Jamil.
Anak-anak memang cukup gembira. Macam-macam makanan ada. Cukup sedap dan menyelerakan. Serawa durian, laksa, cendol, sate, kambing golek dan banyak lagi. Di homestay dua tingkat yang luas ini sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain. Artis-artis pun ada yang datang memeriahkan lagi majlis ini. Begitu juga anak-anak yatim dan tahfiz turut menyerikan lagi majlis yang sedang berlangsung ini.
Di mana? Di Jalan Doktor U1/67, Twenty 7 Temasya, Glenmarie, Shah Alam. Yang sedang merancang majlis perkahwinan atau sebagainya bolehlah ke sini. Sesuatu yang menarik dan berbaloi menanti anda.
Translate
Saturday, July 21, 2018
Terlajak Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment