Pahang menang. 'Pacman' menang. Perancis menang. Pogba menyumbat satu gol dalam perlawanan akhir. 'P' apakah yang bakal menyusul ?
Walaupun ayah 'pengsan', tv tengok ayah waktu perlawanan akhir Piala Dunia, sempat juga ayah tanya umi keputusannya apabila tersedar dan kembali lelap. Pagi tadi, along pula beritahu. Lima tahun lagi pula Piala Dunia. Dalam tempoh lima tahun, macam-macam boleh berlaku. Dalam satu hari pun macam-macam perkara terjadi sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita mengambil iktibar atau sekadar biar.
Merujuk Astro Awani, 16 Julai 1981, Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-4. Hari ini pula beliau mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat bagi penggal ke-14. 'P' untuk hari ini ialah Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke- 14 bermula.
Translate
Monday, July 16, 2018
P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak — Ujar Detik Yang Beredar
Pagi ini aku melihat pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment