Translate

Saturday, July 21, 2018

Cekodok

Musim durian kali ini nampaknya banyak sungguh durian. Yang ayah nampak, harga paling rendah, RM 5 sekilo, tetapi kena pilih-pilihlah.
      Manggis pun dah mula ada. Rambutan pun sama.  Cempadak pun dah mula nampak. Kalau balik kampung, bolehlah nampak buah- buah bergantungan. Kalau di bandar,  durian berlonggok-longgok, tidak perlu menunggu gugur. Hanya duit yang 'gugur'.
      Musim durian mewujudkan juadah seperti roti jala berkuahkan rasa durian buatan opah dan yang terkini, cekodok durian dibuat oleh opah. Seumur hidup, ini kali pertama  ayah makan cekodok  durian dan adik pun tumpang sekaki.

No comments:

Hidup Berjasa

Tempoh hari, Ayah  beritahu bahawa Ayah tak kenal pun Jamilah. Namun, hari ini pula ada yang muncul dan Ayah sangat kenal akan wajahnya wala...