"Asyik-asyik 5 minit," kata angah. Itu tandanya mahu tidur lagi. "7 minit," kata ayah.
Ya, apa yang boleh dibuat dalam masa lima minit? Terpulang kepada anda. Lima minit yang kita luangkan untuk sesuatu sebenarnya dapat memberikan kesan untuk kita. Mengemas meja tempat kerja kita selama lima minit mungkin membuatkan kita gembira sepanjang hari. Lima minit untuk membaca atau mengaji juga baik untuk menambah nilai diri kita. Lima minit sebelum tidur atau setiap pagi menyenaraikan tiga kerja penting untuk dibuat apabila memulakan kerja juga penting untuk lebih fokus. Lima minit Qailullah juga Insya-Allah dapat membuatkan kita segar untuk terus melakukan kerja.
Lima minit sebenarnya boleh mengubah diri kita untuk jadi lebih bernilai jika masa tersebut digunakan dengan lebih bijak berbanding tidak buat apa-apa.
Translate
Thursday, July 26, 2018
Lima Minit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment