Translate

Tuesday, July 24, 2018

Gergasi

Sudah lama ayah tidak ke kedai majalah di Taman Tas.
     Bertanya khabar kepada taukenya yang ayah panggil 'auntie', katanya, "Sihat, boleh berjalan, ada selera makan, itu sudah cukup baik."
      Ada selera makan dan ada makanan untuk dimakan itu sudah satu nikmat yang amat besar daripada Allah swt untuk kita. Apabila ada selera makan dan perut pun lapar, kami akhirnya singgah ke kedai yang kami sudah lama mahu singgah tetapi tidak singgah-singgah. Namanya sahaja pun sudah menggambarkan ada sesuatu yang menyelerakan di situ.
        Di sini kami menemui hidangan laut 'shellout'. Ada nasi dua gelas nasi, kerang-kerangan, udang, ketam dan dicampur brokoli serta jagung. Alhamdulillah, sedap. Bersegeralah ke 'Selera Gergasi' di bangunan bersebelahan Petronas Tanah Putih.

2 comments:

Nila Anggraini said...

wah nampak lazat..jarang sangat kami sekeluarga untuk makan shellout, jadi teringin pulak.

khairul hakimi mansor said...

Boleh cuba di kedai mkn berhampiran...

Sesuatu

Sabtu kembali, Sabtu minggu lepas di tempat kerja Ayah, semalam di sekolah anak-anak pula jamuan raya.           Dulu dari rumah ke rumah, s...