"Muka Umi kalau diterbalikkan macam buah strawberi," kata along tiba-tiba bersuara. Kami hanya tersenyum. Macam-macam yang difikirkan oleh anak-anak.
Adik pula tengah meragam sebab terlalu mengantuk. Serba tidak kena dibuatnya untuk mendiamkan dan menidurkannya. Dia di atas ribaan emak dan ada masanya dia meluncur turun ke bawah sambil menangis.
Angah sedang bermain dengan dinosaur. Belum sampai di rumah, kaki dinosaur angah hampir tercabut. Sampai di rumah, dinosaur angah tidak boleh berjalan.
Jadi, ayah menampal pita pelekat pada kaki dinosaur angah. Barulah dinosaur angah boleh berjalan. Itu pun berjalan perlahan kerana telah 'tercedera'. Abang panggil ayah Doktor Dinosaur.
Nasib baik angah dapat menerima 'kawan' baharunya yang 'tercedera' itu. Jika tidak, jenuh ayah dan emak kena membujuknya.
Translate
Friday, September 23, 2016
Doktor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidup
Hari yang keempat, anak-anak terus tekun di dewan menjawab soalan penulisan, di luar hujan masih berterusan. Legasi dan semangat y...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Sireh pinang di dalam puan, Untuk hidangan putera perkasa, Selamat jalan duhai pahlawan, Tabah hatimu semangat waja. Ini sebahagian lirik Si...
No comments:
Post a Comment